3 Januari 2017 - 16:11
Dua Warga Asing Ditahan Di Lapangan Terbang Istanbul Berikutan Serangan Pengganas Pada Malam Tahun Baharu

Dua warga asing telah ditahan di Lapangan Terbang Ataturk yang terletak di Istanbul. Mereka ditahan kerana disyaki terlibat di dalam serangan pengganas pada sambutan Tahun Baharu di kelab malam Reina. Perkara itu dilaporkan oleh saluran NTV pada hari Selasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua warga asing telah ditahan di Lapangan Terbang Ataturk yang terletak di Istanbul. Mereka ditahan kerana disyaki terlibat di dalam serangan pengganas pada sambutan Tahun Baharu di kelab malam Reina. Perkara itu dilaporkan oleh saluran NTV pada hari Selasa.

Di dalam laporan tersebut, nama ataupun kewarganegaraan mereka yang ditahan tidak disebutkan.

Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh termasuk 16 warga asing berikutan serangan tersebut yang berlaku di bandar Istanbul.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan memanggil penyerang sebagai salah seorang daripada 'tentera mereka'.

Penyerang yang memakai pakaian Santa Claus ketika melakukan serangan, melepaskan tembakan dengan menggunakan rifel Kalashnikov ke arah pengunjung kelab malam itu. Para saksi mendakwa penyerang bercakap dengan bahasa Arab.